Speaker DUN Perak Ganesan Retanam

Speaker DUN Perak V. Sivakumar dalam blognya menyatakan nama Ganesan dihantar oleh Barisan Nasional kepada Pejabat Setiausaha DUN Perak pada 30 April 2009. Pada masa yang sama usul melucutkan jawatan V. Sivakumar pada 7 Mei 2009 dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, DUN Perak ke-12 telah turut dikemukakan.[1]

Pada 7 Mei, R. Ganesan dilantik sebagai Speaker baru oleh 28 ADUN Barisan Nasional dan 3 ADUN bebas. Seterusnya, V. Sivakumar dikeluarkan secara paksa dari dewan oleh beberapa anggota polis berpakaian biasa selepas diarahkan Ganesan.[2]